Printing T-Shirt Shah Alam
Elak-Tonton-6-filem-Ini-Dalam-Kapal-Terbang-Jika-Takut

Elak Tonton 6 filem Ini Dalam Kapal Terbang Jika Takut

Takut naik kapal terbang? Elakkan dari tonton 6 filem ni.

Tips 71 paparan 0 Komen

Kongsikan Artikel Ini:

Ramai yang suka menonton filem bagi menghilangkan rasa bosan ketika naik pesawat apatah lagi jika ia melibatkan penerbangan jarak jauh, sudah tentu menonton filem mampu menjadikan tempoh penerbangan yang panjang terasa cepat berlalu.

Bagaimanapun, tak semua filem sesuai ditonton ketika anda sedang berada dalam kapal terbang. Ini kerana, terdapat beberapa filem yang berpotensi membuatkan anda berasa tidak selesa sekali gus menimbulkan rasa cemas atau takut.

6 filem Tidak Sesuai Di Tonton Di Pesawat

Brikut adalah senarai 6 filem yang perlu anda elak tonton ketika di dalam pesawat dan dirasakan hanya sesuai ditonton di rumah atau setelah anda tiba ke destinasi selepas menaiki pesawat.

1. Snakes on a Plane (2006)

Filem ini merupakan salah sebuah filem klasik tentang ejen FBI yang berusaha menyelamatkan pesawat daripada serangan ular beracun.

Walaupun kemungkinan penumpang menyeludup haiwan ke dalam pesawat adalah kecil, namun kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kes-kes seumpamanya pernah berlaku.

Bagi anda yang mudah paranoid, lebih baiklah hindari filem seperti ini.

2. Flightplan (2005)

Bagi yang sedang terbang membawa anak kecil, Flightplan adalah salah satu filem yang sebaiknya dielakkan.

Flightplan mengisahkan tentang seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam pesawat. Menghairankan, dalam filem tersebut, kru bertugas menegaskan bahawa anak perempuannya langsung tidak menaiki pesawat.

3. The Grey (2012)

Filem ini tak sesuai ditonton oleh penumpang yang takut naik pesawat dan kerap membayangkan pelbagai senario kecelakaan.

Ini kerana, dalam filem yang dibintangi Liam Neeson ini, para penumpang yang terselamat dari kecelakaan pesawat harus bertahan untuk hidup di Alaska.

4. Flight (2012)

Filem Flight bercerita tentang nahas pesawat dan penyiasatan susulan. Walaupun filem ini telah dipuji oleh ramai pengkritik, ramai juga yang berpandangan bahawa filem ini dimulakan dengan ‘scene’ kecelakaan pesawat paling menyeramkan berbanding adegan lain yang pernah ada.

5. The Terminal (2004)

The Terminal merupakan filem drama komedi-kecelakaan yang agak mendebarkan. Bagi anda yang selalu bimbang dengan penerbangan ‘delay’ atau ditahan ketika perjalanan, ada baiknya jika filem ini dihindari.

Dalam filem ini, watak utamanya terkandas di Lapangan Terbang New York karena pasportnya ditahan oleh pihak berkuasa.

6. Final Destination (2000)

Final Destination pasti sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan orang dan pasti ramai yang pernah menonton filem ini.

Namun, bagi yang tidak gemar filem horor dan thriller, filem ini sebaiknya dihindari.

Selain mengandungi adegan kecelakaan pesawat, ia juga mampu membuatkan anda terfikir-fikir tentang apa yang dipaparkan walaupun sudah mendarat dan tiba di destinasi.

Jadi elakkan dari menonton 6 filem diatas untuk hindarkan perasaan takut ketika naik kapal terbang.

filemkapal terbang

Kongsikan Artikel Ini:

Ketua Editor di semua jenama dibawah Jaring Digital. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

11 Artikel Ditulis

Follow Percutian Malaysia di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Menarik Untuk Dibaca