Printing T-Shirt Shah Alam

Notis Privasi

Polisi Privasi Penggunaan Laman Web Percutian Malaysia

Polisi Privasi laman ini membincangkan berkenaan maklumat peribadi (Personally Identifiying Information: PII) yang kami Percutian Malaysia kumpul/ambil daripada anda ketika anda menggunakan laman kami https://percutianmalaysia.com (“Laman”) atau perisian, tawaran serta servis lain yang kami sediakan di dalam laman ini atau seluruh halaman laman web kami. Dengan melawat laman ini atau memberikan (PII) anda kami, anda telah bersetuju dengan polisi privasi di laman ini. Laman kami akan membuat kemaskini dan perubahan maklumat setiap masa, dan polisi ini juga mungkin berubah selari dengan perubahan yang berlaku.

Janji Privasi Percutian Malaysia

Kami sangat komited dalam menjaga privasi anda pada setiap masa. Kami komited dalam perkara ini: (1) Kami tidak akan memberikan butiran peribadi pengguna kami selain diberi kebenaran untuk berbuat demikian dan (2) jika kami tidak mendapat kebenaran daripada anda untuk memberikan butiran peribadi anda, kami Cuma akan memberikan statistik kepada pengiklan kami berkenaan bilangan pengguna yang melawati laman web kami serta corak trafik.

Maklumat Peribadi

Percutian Malaysia tidak mewajibkan anda untuk memberikan sebarang maklumat peribadi (PII) ketika anda mahu mengakses laman https://percutianmalaysia.com. Bagaimanapun, jika anda berkenan untuk mengisi sebarang survey, kami akan meminta maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan juga alamat e-mel. Percutian Malaysia akan sentiasa mengawasi jumlah pengunjung yang membaca laman kami, artikel mana yang mereka lawati dan berapa lama anda berada di laman kami. Sebagai tambahan, Percutian Malaysia mengumpul maklumat daripada pengunjung yang menekan pada iklan kami supaya kami dapat mengukur minat pengunjung terhadap iklan berkenaan dan mengumumkannya kepada pengiklan kami berapa pengunjung yang sudah menekan pada iklan atau konten berbayar berkenaan.

Kami mengumpul maklumat pengguna ini untuk dua perkara utama: (1) untuk kami terus membuat penambahbaikan terhadap konten yang kami tawarkan; dan (2) untuk menggunakan maklumat aktiviti anda di laman kami kepada pengiklan yang sesuai seperti Facebook, Google atau mana-mana syarikat yang berminat untuk menyiarkan iklan di laman web kami. Percutian Malaysia mendedahkan informasi ini kepada pengiklan supaya dapat memberikan konten yang lebih tepat dan bersesuaian dengan minat pengguna.

Pengunjung tidak wajibkan untuk berkongsi maklumat peribadi mereka. Namun, dengan tidak berkongsi maklumat tersebut, mereka tidak akan menerima apa-apa kemaskini atau perubahan dari laman web atau syarikat. Bagi mereka yang ingin memadam maklumat mereka, sila emel ke hi@percutianmalaysia.com untuk tindakan lanjut.

Cookies Dan Penjejakan

(a) Cookies. Seperti mana-mana Laman Sesawang yang lain, kami juga menggunakan “Cookies”. Cookies adalah ‘alphanumeric identifiers’ yang kami pindahkan ke hard drive computer anda melalui konten laman kami supaya system kami dapat mengenal pasti pelayar web anda. Kami menggunakan cookies untuk mengingatkan kami informasi anda dan pautan aktiviti anda. Disebabkan anda anda boleh mengambil langkah untuk memadam atau menyekat cookies, jika anda mengaktifkannya, servis ini tidak akan berfungsi seperti apa yang kami telah reka. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil langkah ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah ini di pelayar web anda. Cookies kami tidak akan mengutip PII yang anda berikan kepada kami ketika proses pendaftaran, tetapi ianya akan mengutip informasi lain seperti:

  • Nama Domain serta host dari mana anda mengakses Internet dan alamat Internet laman yang menghubungkan kepada alamat emel kami;
    Masa dan tarikh anda mengakses laman dan kandungan laman kami;
  • Alamat IP komputer anda dan maklumat tentang platform, dan jenis pelayar web yang anda gunakan (serta versi yang anda gunakan);
  • Demographic serta butiran bukan peribadi tentang anda; dan
  • Informasi untuk mencegah penyalahgunaan atau penipuan.

(b) Google Analytics. Ini melibatkan ‘cookies’ di pihak-pertama untuk melaporkan interaksi pengunjung di laman web. ‘Cookies’ ini digunakan untuk menyimpan maklumat yang tidak dapat mengenalpasti pengunjung secara peribadi. Pelayar web tidak akan berkongsi ‘cookies’ pihak-pertama di seluruh domain.

Pendedahan Maklumat Peribadi Kepada Pihak Ketiga

Pautan ke laman web lain: Laman kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak terkawal, walaupun sebahagian daripada mereka mungkin memaparkan logo Percutian Malaysia atau jenama-jenama di bawah Jaring Digital. Percutian Malaysia atau Jaring Digital tidak boleh bertanggungjawab terhadap dasar privasi syarikat lain. Kami mengesyorkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda lawati di internet.

Pendedahan yang dikehendaki: Percutian Malaysia dan Jaring Digital boleh bekerjasama dengan semua pertanyaan daripada penguatkuasa undang-undang dan berhak untuk mendedahkan maklumat pengenalpastian atau agregat secara peribadi berkaitan dengan sepina atau permintaan yang diperuntukkan oleh mahkamah untuk maklumat tersebut.

Keselamatan

Percutian Malaysia dan Jaring Digital telah melabur, dan akan terus melabur, dalam keselamatan kualiti terbaik untuk menjaga akses kepada maklumat, kualiti data, dan keselamatan fizikal pelayan di mana maklumat disimpan. Laman kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi terhadap kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Walau bagaimana pun, usaha ini tidak dapat menjamin bahawa penggodam tidak akan mendapat akses kepada komunikasi antara anda dan laman web ini.

Polisi Gambar, Video, Grafik Dan Visual

Segala bahan seperti gambar, video, grafik dan visual yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik Percutian Malaysia dan jenama-jenama dibawah Jaring Digital. Bagaimana pun kami akan memberikan kredit kepada pemilik sebenar gambar, video, grafik dan visual yang kami gunakan selain yang dinyatakan.

Sekiranya anda melihat sesuatu yang anda miliki di https://percutianmalaysia.com tetapi lebih suka untuk kami keluarkannya, tulis kepada kami di hi@percutianmalaysia.com dengan pautan ke halaman tersebut. Sekiranya sesuatu telah dikreditkan dengan salah atau disalah digunakan, tulis kepada kami juga untuk kami perbaiki.

Hak Mengubah Dasar Privasi Dan Tiada Halangan Untuk Pemindahan Aset

Sebagai pemilik, Jaring Digital boleh mengubah dasar ini pada bila-bila masa. Anda harus mengkaji semula dasar privasi kami secara berkala untuk memastikan bahawa anda sudah mengetahui dasar semasa kami. Penggunaan laman web oleh anda berikutan sebarang pengubahsuaian kepada dasar privasi akan secara konsisten dianggap menerima syarat dasar privasi ini dan sebarang perubahan kepada dasar tersebut. Tiada apa-apa dalam dasar privasi ini bertujuan untuk menghalang hak atau keupayaan Jaring Digital untuk memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Semua maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan Percutian Malaysia dan Jaring Digital. Jika anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kami pegang berkenaan anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, mengurus atau menyimpan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi jabatan yang mengumpul maklumat peribadi anda dalam contoh pertama, atau tulis kepada:

Perhatian kepada: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat surat-menyurat: Jaring Digital, Percutian Malaysia, 32-A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: +6017 229 0120
Alamat Emel: hi@percutianmalaysia.com
Web: https://percutianmalaysia.com