Printing T-Shirt Shah Alam
Apakah Kepentingan Mengambil Vaksin Sebelum Bercuti

Apakah Kepentingan Mengambil Vaksin Sebelum Bercuti?

Info 181 paparan 0 Komen

Kongsikan Artikel Ini:

Semua orang mahu mengelak kejadian seperti berjangkit dengan penyakit berjangkit semasa bercuti. Mungkin ramai tidak sedar bahawa kita sangat terdedah dengan pelbagai penyakit ketika mengembara.

Tidak kira sama ada anda ingin melancong, belajar, bekerja, atau berhijrah kita haruslah mengambil vaksin yang dicadangkan untuk perlindungan tambahan. Ia adalah sangat penting untuk ambil vaksin sebelum travel.

Untuk kali ini, kami akan kongsikan saranan daripada Immunise4life, iaitu sebuah inisiatif pendidikan komuniti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tentang vaksin bagi anda yang suka travel.

Senarai Vaksin Yang Perlu Diambil Sebelum Bercuti

1. Vaksin Hepatitis A & Vaksin Demam Kepialu (Typhoid)

Demam tifoid (kepialu) adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Vaksin ini disarankan diambil sekiranya anda seorang penggemar makanan. Ataupun sekiranya anda bercadang untuk ke destinasi yang diketahui mempunyai kualiti air yang rendah serta pengendalian makanan yang kurang bersih.

2. Vaksin Demam Kuning (Yellow Fever)

Demam Kuning adalah satu penyakit berjangkit yang akut. Dikenali dalam dua (2) bentuk iaitu demam kuning yang berlaku di bandar dan hutan. Demam Kuning yang berlaku di bandar disebarkan oleh nyamuk kepada manusia.

Individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever di Afrika, Amerika Tengah dan Selatan berisiko dijangkiti Demam Kuning.

3. Vaksin Influenza

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

4. Ensefalitis Jepun

Penyakit Japanese Encephalitis (JE) telah berlaku di kebanyakan negara-negara Asia seperti Kemboja, China, Indonesia, India, Jepun, Nepal, Sri Lanka, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Korea, Thailand, Vietnam, India serta kawasan di Selatan-Timur Persekutuan Rusia.

Vaksinasi disarankan untuk individu yang kerap mengembara di luar, dalam kawasan endemik7 (termasuk Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)

5. Vaksin Meningokokus

Individu yang pernah menunaikan Haji atau Umrah tentu tahu tentang vaksinasi yang wajib diambil bagi kelulusan visa.

Tetapi ramai jemaah tidak begitu mengambil tahu tentang kebaikan vaksin ini dan hanya mengambil vaksin sebagai pencukup syarat kelulusan visa.

Suntikan mesti diterima sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penerbangan & ianya sah untuk tiga tahun.

Itu adalah antara jenis-jenis vaksin yang perlu kita ambil sebelum anda travel. Jika anda ada sebarang cadangan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan yang disediakan.

Kongsikan Artikel Ini:

Ketua Editor di semua jenama dibawah Jaring Digital. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

11 Artikel Ditulis

Follow Percutian Malaysia di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Menarik Untuk Dibaca