Printing T-Shirt Shah Alam

Sukan mencabar paragliding sering menjadi “bucketlist” iaitu impian untuk terbang tinggi yang mesti di rasai sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sukan paragliding ini semakin popular dikalangan rakyat Malaysia dan semakin ramai orang yang teruja untuk meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar.

Jika anda mencari lokasi paragliding yang menarik di Selangor, Bukit Jugra adalah tempatnya!

Paragliding Di Bukit Jugra Menjanjikan Permandangan Peninggalan Sejarah Yang Memukau

Paragliding Di Bukit Jugra

Bukit Jugra terletak di Jugra, sebuah bandar bersejarah di Kuala Langat yang terdapat infrastruktur bangunan bersejarah yang memancarkan pesona dunia lama. Berdasarkan catatan sejarah dan dokumen seperti The Oriental Navigator, buku panduan pelayaran yang ditulis pada tahun 1801, Bukit Jugra dikenali oleh pelayar dan kartografer asing sebagai Parcelar Hill.

Selain itu, pada akhir 1800-an, Jugra merupakan ibu kota kerajaan Selangor. Infrastuktur bangunannya yang terpelihara dengan baik merupakan contoh seni dan keagungan masa lalu yang pastinya memakau pandangan.

Bagaimana Untuk Ke Lokasi Paragliding Di Bukit Jugra

Cara paling mudah untuk ke Bukit Jugra adalah menaiki kereta. Jarak ke Bukit Jugra adalah 47 km dari Kuala Lumpur.

Laluan yang perlu di lalui untuk menuju ke Bukit Jugra dari Kuala Lumpur adalah laluan Lebuhraya E26 Lembah Klang Selatan (lebuh raya SKVE) kemudian keluar di Telok Panglima Garang (Exit 2609). Selepas tol, belok ke kanan di Lebuh Raya 5. Kemudian sampai di bulatan belok ke kiri di Jalan Bandar Lama dan ikuti papan tanda ke Jugra.

Paragliding di Jugra dilakukan di dasar rumah api Bukit Jugra, sebuah struktur bangunan tinggi yang dibina pada tahun 1976 . Ketinggiannya mencecah 146 meter dari permukaan laut.

Waktu Terbaik Untuk Lakukan Paragliding Di Bukit Jugra

Paragliding sangat bergantung pada keadaan tiupan angin. Bulan Mac hingga September merupakan waktu terbaik untuk melakukan aktiviti paragliding di Bukit Jugra.

Adakah Paragliding Di Bukit Jugra Sesuai Untuk Beginner Yang Penakut?

Untuk Beginner yang agak takut jangan risau. Paragliding di Bukit Jugra adalah pilihan terbaik dan selamat untuk anda!

Tandem Paragliding di Bukit Jugra

Tandem Paragliding bermaksud anda melakukan aktiviti Paragliding bersama-sama seorang Paragliding Pilot yang bertauliah dan telah diiktirafkan untuk membawa penumpang.

Boleh di katakan dengan lebih tepat anda hanyalah menjadi penumpang dan terbang bersama-sama seorang Paragliding Pilot. Anda tidak perlu takut atau risau kerana Pilot akan mengawal payung luncur dan penumpang tidak perlu mempunyai apa-apa lesen. Anda akan duduk di tali pinggang keledar yang selesa, melekat sepenuhnya pada paraglider.

Anda hanya perlu fokus menikmati pemandangan atau mengambil gambar pemandangan yang menakjubkan. Menarik bukan?

Siapa Yang Boleh Lakukan Aktiviti Paragliding?

Sebelum melakukan aktiviti paragliding ini, ada 2 aspek perlu di periksa iaitu had umur dan had berat. Had berat badan anda harus antara 40 kilogram – 100 kilogram. Had umur pula, individu berumur di bawah 12 tahun akan dilarang melakukan paragliding.

Manakala tiada had ketinggian individu.

Berapa Kos Paragliding Di Bukit Jugra

Harga: RM 299 / seorang
Deposit: RM 100 / seorang

Pakej ini termasuk

  • Juruterbang tandem
  • Peralatan keselamatan
  • Insurans
  • Pick Up Transfer
  • Tempoh Penerbangan: 15 – 20 minit (Tertakluk kepada cuaca & keadaan angin)

Ketinggian Penerbangan:

Take Off – 400 kaki
Landing Zone – 10 kaki

Kelengkapan Yang Wajib Bawa Jika Nak Paragliding

Untuk melakukan aktiviti Paragliding, berikut adalah persiapan dan kelengkap yang wajib anda bawa.

  • Baju yang sesuai seperti T- Shirt dan seluar panjang
  • Kasut Sukan yang bertutup
  • Sunglasses
  • Kamera Go Pro

jugrakuala langatparaglidingsukan

Kongsikan Artikel Ini:

Ketua Editor di semua jenama dibawah Jaring Digital. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

11 Artikel Ditulis

Follow Percutian Malaysia di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Menarik Untuk Dibaca