Printing T-Shirt Shah Alam

Macam Kat Oversea. Ini 5 Tempat Menarik di Malaysia Boleh Dilawati

Sekarang ni nak ambil gambar cantik-cantik tak perlu ke oversea. Kat Malaysia pun banyak tempat cantik persis oversea. Yang penting ada skill ambil gambar je.

Destinasi 197 paparan 0 Komen

Kongsikan Artikel Ini:

Bila sebut Oversea atau bercuti ke luar negara, pasti ramai yang teruja nak pergikan? Kami pasti semua orang teringin nak ke luar negara, tapi tak semua orang mampu untuk beli tiket kapal terbang dan menanggung kos percutian yang tinggi.

Sekarang ni nak ambil gambar cantik-cantik tak perlu ke oversea. Kat Malaysia pun banyak tempat cantik persis oversea, cuma apa yang korang perlu adalah skill ambil gambar dan juga pandai pilih tempat dan angel gambar yang nak diambil tu. Jika korang seorang yang menggemarkan gambar dengan latar belakang yang menakjubkan tanpa perlu pergi travel ke luar negara, jangan risau lagi. Dalam Malaysia pun banyak tempat cantik yang korang boleh explore tau.

5 Tempat Menarik Di Malaysia Macam Oversea

Kalau pergi melancong, mesti gambar yang diambil tu nak nampak cantik dan unik kan. Tengok gambar-gambar dekat luar negara rasa macam nak pergi je tapi bajet tak cukup lagi. Takpe, dekat Malaysia pun ada la tempat yang cantik pemandangannya macam di oversea yang korang boleh lawati.

Apa kata korang try pergi lepas tu jangan lupa pakai pakaian ala-ala oversea macam baju sejuk dan lilit shawl dekat leher. Baru macam berada di oversea kan…

Jom check it out!

1. Colmar Tropicale French Theme Resort, Bukit Tinggi

Colmar-Tropicale-French-Theme-Resort,-Bukit-Tinggi-Tempat-Menarik-Di-Malaysia-Macam-Oversea

Layan minum teh dan layan bangunan yang cantik feeling ala-ala Perancis. Inilah Colmar Tropicale. Yang berlokasi di Bentong Pahang. Terletak di kawasan berbukit membuatkan kawasan ini lebih sejuk berbanding di Kuala Lumpur.

Di tambah lagi bangunan sekelilingnya memang ala-ala Perancis. Bercuti di Colmar Tropicale pun dah macam bercuti kat Perancis. Kalau share gambar percutian, sure kawan-kawan cakap kat oversea. Nak lagi feeling oversea, pakai baju tebak-tebal dan lilit shawl kat bahu, pastu amik gambar di beranda bangunan bagi nampak rekabentuk bangunan lain kat belakang tu.. Haa… dapat idea dah?

Tak susah nak feeling holiday kat oversea kan?

2. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, Sabah

Desa-Cattle-Dairy-Farm,-Kundasang,-Sabah-Tempat-Menarik-Di-Malaysia-Macam-Oversea

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu adalah New Zealand di negara Malaysia, Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan sekitarnya sangat menyejukkan mata. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand. Dengan suhu sejuk, pemandangan gunung serta rumput menghijau ramai yang ingat di New Zealand.

Tak, bukan New Zealand yang kami maksudkan. Tapi Desa Dairy Farm ini lah. Sebab pemandangannya yang ala luar negara ini lah yang membuatkan ia menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar. Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang. Desa Cattle atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Tempat ini dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang. Masuk dan ambil gambar pemandangan sepuas hati landskap New Zealand Sabah.

Korang juga boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan sahaja lembu yang ada di sini, kambing pun ada untuk korang cuba berikan makanan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk korang sekeluarga. Sudah puas melihat pemandangan dan beraktiviti, jangan lupa untuk mencuba susu segar, ais krim dan juga yogurt yang dihasilkan di ladang ini.

3. Pulau Bohey Dulang, Sabah

Pulau-Bohey-Dulang,-Sabah

Ada setengah orang sangat mengagungkan pulau-pulau di negara luar. Dia tak tahu dekat Malaysia, lagi-lagi di negeri Sabah banyak pulau-pulau yang turut tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri. Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Tahukah korang, Kota Kinabalu juga terdapat pulau-pulau peranginan cantik dan sangat sesuai untuk korang yang inginkan ketenangan.

Antara salah sebuah pulau yang cantik di Sabah ialah Pulau Bohey Dulang. Korang juga berpeluang menikmati pemandangan indah di puncak bukit setinggi 300 meter. Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan. Menjadi pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia.

4. 30th Mile Ringlet, Bertam Valley, Cameron Highlands

30th-Mile-Ringlet,-Bertam-Valley,-Cameron-Highlands

Macam Di England. Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji je yang tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat. Ini antara contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.

Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam. Kalau singgah nak minum petang je pun boleh.

5. Masbro Village Homestay, Melaka

Masbro-Village-Homestay,-Melaka

Pernah dengar homestay MasBro Village? Orang cakap homestay kat sini seperti satu tempat yang terkenal di Australia Brighton Beaches. Kenapa tempat ni jadi tumpuan orang ramai? Mungkin sebab senibina homestay ni berbentuk segi tiga yang unik dan rumah yang warna warni.

Melaka boutique homestay ni terletak di Paya Rumput, Melaka mampu memuatkan 6 orang tetamu dalam satu masa. Ada 2 tingkat, 3 katil bersaiz queen, 2 penghawa dingin dan 2 bilik air. Selain daripada itu ia juga mempunyai peti sejuk, tv LCD, water heater, microwave dan heater selain meja makan untuk 4 orang. Tak perlu risau kerana Masbro Village Homestay menyediakan banyak socket untuk kemudahan para tetamunya.

Menarik tak semua tempat di Malaysia ini? Kalau korang masih belum explore semua tempat ini, ajak keluarga dan kawan-kawan untuk pergi dan tangkap gambar sebanyak yang boleh ok. Rugi kalau korang tak pergi tempat-tempat menarik yang ada di negara sendiri lebih-lebih lagi kalau tempat tu setanding dengan tempat-tempat di negara luar.

Sokonglah tempat percutian didalam negara. Kalau kita yang tak support siapa lagi nak support kan?

Kongsikan Artikel Ini:

Ketua Editor di semua jenama dibawah Jaring Digital. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

11 Artikel Ditulis

Follow Percutian Malaysia di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Menarik Untuk Dibaca