Printing T-Shirt Shah Alam

5 Destinasi Berbulan Madu Yang Popular Di Dalam Malaysia

Destinasi berbulan madu di Malaysia, eratkan hubungan suami isteri dan hilangkan stress bekerja.

Destinasi 199 paparan 0 Komen

Kongsikan Artikel Ini:

Setiap pasangan pasti ingin berbulan madu (honeymoon) untuk mahu meluangkan masa bersama. Sama ada yang baru berkahwin mahupun hanya ingin bercuti bersama untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bercuti berdua juga boleh mengurangkan tekanan dan lari dari kesibukan kerja. Namun, bajet sering kali menjadi penghalang untuk menikmati percutian menyeronokkan.

Jangan risau, anda tidak perlu ke luar negara kerana masih banyak tempat berbulan madu murah yang menawarkan percutian romantis yang ada di dalam negara.

Murah tidak bermakna tidak menyeronokkan. Sebenarnya banyak destinasi menarik yang boleh anda pilih sebagai lokasi berbulan madu. Selain menawarkan pelbagai aktiviti menarik, ia juga indah sekali gus membangkitkan suasana romantis percutian.

5 Destinasi Berbulan Madu Yang Popular

Disini kami senaraikan 5 destinasi honeymoon yang popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong luar negara yang datang melancong ke Malaysia. Jom kita lihat beberapa tempat menarik untuk bercuti dan berbulan yang menarik di dalam Malaysia.

1. Cameron Highland, Pahang – Destinasi Honeymoon Bagi Mereka Yang Suka Sejuk-Sejuk

Cameron-Highland-Destinasi-Berbulan-Madu-Yang-Popular-Di-Dalam-Malaysia

Destinasi pelancongan popular yang terletak di Pahang ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda dan pasangan lakukan. Pelbagai aktiviti menarik di Cameron Highland yang boleh anda lakukan bersama pasangan disini dari pagi hingga malam.

Antara tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang selalu menjadi pilihan pelancong ialah:

  1. Melawat ladang teh, kebun bunga dan memetik buah strawberi di kebun strawberi
  2. Melawat taman rama-rama, ladang lebah
  3. Melawat Muzium 3D dan melihat replika dinasor di Smurf Inn Fun Park
  4. Melawat Muzium Time Tunnel dan perkampungan orang asli
  5. Mengembara dalam hutan dan mandi air terjun
  6. Singgah di pasar malam untuk menjamu makanan orang tempatan dan membeli buah serta sayur-sayur yang segar.
  7. Membeli belah di Kea Farm sambil menikmati jagung bakar

Salah satu destinasi menarik untuk menginap di sini ketika honeymoon ialah di Cameron Highlands Resort. Satu destinasi penginapan yang sangat romantis, tenang dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau.

Berada di balkoni sambil melihat keindahan Cameron Highland sememangnya ibarat anda bercuti ke luar negara. Banyak pilihan bilik yang ada di Cameron Highland Resort seperti Deluxe Room, Two-Bedroom Suite, Junior Suite, the Cameron Suite ataupun the Jim Thompson Suite.

Resort ini juga ada menawarkan pakej yang sesuai untuk pasangan honeymoon dengan servis yang pasti membuatkan kenangan berbulan madu anda manis seperti buah strawberi di Cameron Highland.

2. Pantai Cherating, Pahang – Destinasi Romantis Berbulan Madu Di Tepi Pantai

Pantai-Cherating-5-Destinasi-Berbulan-Madu-Yang-Popular-Di-Dalam-Malaysia

Pantai Cherating yang terletak di Pahang dan hanya beberapa KM dari Daerah Kemaman, Terengganu merupakan satu destinasi yang ideal untuk anda berbulan madu terutamanya kalau dari Semenanjung Malaysia.

Dengan hamparan pantai yang luas dan lapang memang sesuai untuk anda berlarian berkejaran di tepian pantai ataupun untuk mandi pantai. Air laut di sini tidaklah sejernih yang ada di Pulau Redang atau Tioman, namun cukup landai dan selamat untuk anda mandi manda.

Antara tarikan menarik yang boleh anda dan pasangan lakukan kalau memilih Cherating sebagai destinasi percutiaan honeymoon:

  1. Mandi laut, river cruise di Sungai Cherating
  2. melihat kelip-kelip
  3. berkanu dan surfing
  4. Melawat Santuari Penyu Cherating
  5. Makan sata dan otak-otak di Kg Geliga Kemaman
  6. Ke Zoo Kemaman

Antara tempat penginapan dan resort yang strategik serta menarik tepi pantai di sekitar Cherating ialah Suria Beach Resort dan Impiana Cherating Resort. Jika anda mempunyai bajet lebih dan inginkan penginapan yang lebih hebat, boleh cuba di Club Med Cherating yang pasti terbaik untuk berbulan madu anda di sini.

3. Batu Feringgi, Penang – Destinasi Honeymoon Yang Dekat Dengan Bandar

Batu-Feringgi
Gambar: awaygowe.com

Bagi pasangan yang lebih sukakan aktiviti sukan air dan dekat dengan bandar utama, salah satu destinasi yang paling ideal untuk dilawati ialah di Batu Feringgi di Penang. Tambahan pula, berada di sini anda mempunyai akses yang dekat dan mudah untuk ke beberapa tempat makan yang best dan menarik di Penang.

Penang dan Batu Feringgi khususnya bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan, malah menjadi pilihan ramai pelancong dari luar negara. Kadang-kadang berada di sesetengah tempat menarik di Pulau Pinang seolah-olah seperti berada di luar negara, ramai sangat pelancong.

Sekiranya anda memilih Batu Feringgi sebagai tempat honeymoon, jangan lupa untuk semak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti berikut:

  1. Mandi pantai dan sukan air seperti jetski, naik banana bot & paragliding
  2. Melawat Taman Botani Penang
  3. Shopping di pasar malam Batu Feringgi
  4. Melawat tempat berseni dan muzium 3D
  5. Makan-makan di kedai best di Penang
  6. Pusing-pusing dan membeli belah di bandaraya Georgetown

Destinasi penginapan menarik di Betu Feringgi yang dicadangkan ialah di Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa. Memang sangat sesuai sebagai tempat penginapan berbulan madu anda di Batu Feringgi dengan elemen tepi pantai dan mewah yang sangat menarik. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa memang sangat terkenal di Pulau Pinang sebagai satu hotel yang mempunyai perkhidmatan pelanggan yang bagus serta suasana dan prasarana hotel yang lengkap.

Dan yang paling best kalau menginap di sini, ianya mengadap pantai Batu Feringgi dan semestinya waktu petang merupakan saat yang paling best untuk bersama pasangan anda melihat matahari terbenam yang pasti menggamit memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

4. Pulau Redang, Terengganu – Tempat Menarik Bercuti Bertemakan Pantai Dan Laut Yang Indah

Pulau-Redang

Percutian ke pulau untuk honeymoon memang satu pilihan yang sangat popular. Bagi yang berada di Semenanjung Malaysia, Pulau Redang di Terengganu sangat dicadangkan untuk anda bercuti berbulan madu dan banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama dengan yang tersayang.

Pulau Redang memang sangat terkenal dengan pasir pantai putihnya yang gebu gila, air lautnya yang sangat jernih dan kaya dengan hidupan marin yang sangat ‘rare’. Tak perlu scuba diving di kepulauan Sabah untuk melihat penyu, di Pulau Redang dengan snorkeling sahaja pun sudah boleh jumpa penyu di dasar lautnya yang sangat jernih.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan kalau bercuti ke Pulau Redang:

  1. Menyelam/scuba diving
  2. Snorkeling
  3. berkayak di persisiran pulau
  4. bersiar-siar di pasir pantai sambil melihat matahari terbenam
  5. jungle trekking ringan-ringan di tengah pulau
  6. wind surfing

Untuk penginapan pula, di sini terdapat beberapa resort dan chalet yang murah ataupun yang agak mahal. Anda boleh pilih bergantung kepada bajet masing-masing.

Namun kalau bercuti untuk honeymoon, apa salahnya memilih penginapan dan resort yang lebih selesa untuk mendapatkan ‘feel’ yang lebih romantis. Salah satu resort yang ada di sini yang dianggap memang sangat cantik dan sesuai untuk honeymoon ialah Taaras Beach & Spa Resort.

Taaras Beach & Spa Resort terletak berdekatan dengan pantai yang pasirnya putih dengan air laut yang jernih membiru. Memang best ! Memandangkan Pulau Redang di Pantai Timur, lebih elok kalau ke sini sebelum bulan Oktober dan selepas bulan Mac bagi mengelak musim tengkujuh.

5. Bandaraya Melaka – Kota Warisan Sejarah Dunia

melaka

Bagi yang berada di KL dan Selangor dan inginkan tempat menarik untuk percutian singkat sambil berbulan madu, apa kata ke Melaka sahaja. Di Melaka pun mempunyai banyak tarikan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan Negeri Melaka yang dianggap sebagai salah satu bandaraya warisan bersejarah Dunia dan telah disenaraikan di dalam laman web UNESCO World Heritage.

Aktiviti di Melaka tidak tertumpu kepada tarikan alam semulajadi dan lebih kepada tempat-tempat untuk bersiar-siar dan ‘cuci cuci mata’. Selain melawat banyak tempat yang mempunyai kesan sejarah, di Melaka juga terkenal dengan tempat-tempat makan yang best yang boleh anda kunjungi kelak.

Secara amnya, berikut adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan kalau bercuti ke Melaka.

  1. Melawat tempat bersejarah seperti Kota A Famosa dan muzium-muzium
  2. Naik bot menyusuri Sungai Melaka / naik beca berhias untuk melihat keindahan bandar Melaka
  3. Melawat Zoo Melaka dan Night Safari
  4. Aktiviti yang lebih mencabar di Taman Tema Air A’Famosa Resort
  5. Membeli cenderahati di Jonket Street
  6. Makan malam di medan ikan bakar yang terkenal di Melaka
  7. Penginapan romantis di Melaka: Casa del Rio. Salah satu tempat yang memang romantik berkonsepkan seni Meditrenean yang terletak dalam kawasan yang sangat strategik dan dekat dengan tempat-tempat menarik di Melaka. Hanya jalan kaki dari sini kalau nak naik bot di Sungai Melaka ataupun nak ke Jonker Street.

Dan yang paling best di sini ialah untuk berenang di infinity pool yang pasti menenangkan jiwa raga selepas seharian penat berjalan di Kota Melaka.

Sekiranya anda baru berkahwin, kami ucapkan selamat pengantin baru dan semoga tempat honeymoon murah ini dapat mengeratkan hubungan anda dan pasangan. Biarpun di Malaysia, anda tetap dapat menikmati keseronokkan dan keselesaan sewaktu bercuti serta menjadi satu kenangan manis sehingga ke hujung nyawa.

Pulau Tioman Destinasi Percutian Yang Terkenal Di Pahang

Macam Kat Oversea. Ini 5 Tempat Menarik di Malaysia Boleh Dilawati

bandaraya melakabatu feringgicameron highlandhoneymoonpantai cheratingpulau redang

Kongsikan Artikel Ini:

Ketua Editor di semua jenama dibawah Jaring Digital. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

11 Artikel Ditulis

Follow Percutian Malaysia di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Menarik Untuk Dibaca